Sekadar Renungan
Blacklist/ Senarai Hitam
Terdapat pelbagai penyebab yang menjadikan seseorang itu disenarai hitamkan atau pun di blacklist oleh sesebuah institusi kewangan sama ada daripada pinjaman bank atau pun kredit Kad.
Kes tertinggi adalah melibatkan pengguna kad kredit (blacklisted due to creditcard) yang telah gagal menyempurnakan bayaran yang diperlukan oleh pihak bank. Kes kes ini kemudian menjadi semakin teruk jika pengguna menpunyai lebih dari satu kad kredit.
Bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tapi sebagai pengguna, kita mempunyai keperluan dan kehendak. Namun kadang kala kehendak itu melangkaui keperluan kita sendiri. Tidak dinafikan, pengguna mempunyai pelbagai tanggungan lain yang perlu di beri perhatian. Namun setiap kelewatan akan menyebabkan hutang kad kredit bertambah dari sehari ke sehari.
Tidak seorang pun diantara kita SUKA bila nama kita telah diblacklistkan oleh pihak bank. Kehidupan kita semakin susah bila tidak dapat membuat pinjaman untuk kereta, rumah dan sebagainya. Niat kita sebagai pengguna amatlah terbatas, namun ada juga niat untuk membuat pinjaman bank untuk menyelesaikan masalah hutang yang sedia ada. Malangnya, setelah nama di BLACKLIST- tiada apa yang boleh kita lakukan.
Ini menyebabkan ramai antara kita terutama yang tidak bekerja, yang berniaga menaruh harapan kepada pinjaman AH LONG yang akhirnya boleh membinasakan diri dan keluarga sendiri.
Niat kita sebagai pengguna adalah untuk MELANGSAIKAN HUTANG yang sedia ada, dan menikmati hidup tanpa hutang. Bayangkan keadaan seperti itu..
Hidup tanpa hutang bermakna hidup senang tanpa pening kepala memikirkan masalah kewangan…bila kita tiada masalah kewangan, barulah dinamakan hidup bebas …
Kami mempunyai cara untuk anda keluar dari masalah itu. Kami tidak menawarkan janji- janji manis, namun semuanya terpulang kepada anda kerana akhirnya, anda yang perlu BERTINDAK.
Jika anda berminat mengetahui lebih lanjut mengenai blacklist, pinjaman blacklist, maklumat mengenai blacklist-, cara-cara keluar dari blacklist, cara menambahkan pendapatan dan juga cara mengatasi masalah kewangan anda supaya dapat dikeluarkan dari blacklist. Sila ‘Subscribe’ pada blog ini dengan mengisi email address anda di menu website di sebelah kiri anda.tq



Februari 27, 2011 pada 8:00 am
How to settle my blacklist?
Mac 23, 2011 pada 6:47 am
what’s method are probably way to settle the debt?
Mac 23, 2011 pada 7:21 am
saya nk bli kereta tp nama saya blist..how? xnk smbung byr coz risiko tinggi…da byk kali kena..
April 5, 2011 pada 3:10 am
saya nak bayar semula hutang dgn eon kredit
April 28, 2011 pada 3:22 am
Sy nak beli kereta sebagai kakitangan kerajaan tapi nama ada di CCRis so how? Pls advice. TQ
April 28, 2011 pada 8:51 am
saya blacklist.. nak settlekan semua hutang & buat fresh loan…. tapi tak penah menjadi… duit dah abis banyak bayar kat orang…. bantuan please…..
Jun 25, 2011 pada 5:07 pm
xplain camna nak xcute blacklist nih bos.. xplain xtau kami.. plzz t.q
Januari 31, 2012 pada 3:32 pm
sy nak keluar dr blacklist
Februari 1, 2012 pada 12:21 am
ok…please check ur email…
Februari 7, 2012 pada 2:03 pm
Sy bkeja di bank (7thn) dan blacklist oleh bank rakyat sbnyk rm17k. sy nk buat overlap loan utk settlekan loan itu.boleh menolong? tqvm
Februari 19, 2012 pada 7:17 am
sy br mula bt bisnes sndri.. tp nama dh blacklist coz hutang kete not more than 10k, so de peluang lg x tuk sy apply loan.. income sy mnthly bout rm5k-6k.. mcm mane ye
April 9, 2012 pada 10:19 am
Saya blacklist bank Islam, Bank Rakyat dan PTPTN.Masih ada harapankah lagi untuk saya.
April 16, 2012 pada 1:52 am
tolong emailkan detail ttg diri anda ke expressloan2007@gmail.com