Arkib bagi Oktober, 2007

Perhatian untuk kakitangan Kerajaan dan Badan-badan berkanun

Oktober 29, 2007

Kami mengadakan promosi khas bagi semua kakitangan kerajaan dan badan- badan berkanun., dimana permohonan anda adalah dijamin LULUS.

Tawaran ini hanya sah bagi kakitangan kerajaan dan badan berkanun yang bekerja dan menetap diKuala Lumpur @ Selangor sahaja.  Jumlah kelulusan adalah tertakluk kepada jumlah gaji anda. Anda hanya perlu menyediakan dockumen yang diperlukan dan datang kepejabat kami untuk tujuan memproses pinjaman anda. Seterusnya, pinjaman anda akan diluluskan.

Pertanyaan yang kerap ditanya

Oktober 29, 2007

Pinjaman Segera tanpa penjamin
Untuk kakitangan kerajaan dan Syarikat Swasta (Multinasional company sahaja)

Disini kami sediakan beberapa soalan yang kerap ditanya oleh pelanggan kami

Pertanyaan
1. Saya kakitangan kerajaan, dan di blacklist oleh bank, saya perlukan pinjaman segera, boleh lulus ke?
Kakitangan kerajaan dan badan berkanun adalah dialu-alukan kerana pinjaman anda sememangnya LULUS. Selagi anda masih bekerja atau penerima pencen anda masih layak memohon

2. Saya kakitangan swasta , baru bekerja bolehke saya buat pinjaman

Bagi kakitangan syarikat swasta, pemohonan anda masih boleh diluluskan. Tapi pinjaman anda masih tertakluk kepada jumlah gaji yang diterima. Kami hanya menerima permohonan dari Syarikat yang besar seperti ASTRO, Celcom, Digi, Hotel, Syarikat Insurance dan Multinasional Company atau Syarikat antarabangsa. Bagi mereke yang bekerja di syarikat kecil dan sederhana, kami tidak dapat memproses permohonan anda buat masa ini.

3. Bagaimana pembayaran balik dilakukan?
Pembayaran balik dilakukan melalui pemotongan gaji anda. Kad atm diperlukan bagi proses ini. Kami hanya akan mengambil jumlah minima dan baki selebihnya dimasukkan ke akauna kedua anda. Polisi kami amat ketat dan kami memastikan setiap transaksi direkod dan dilakukan dengan betul. jika terdapat sebarang masalah, anda masih boleh menghubungi kami.

4. Kenapa perlukan kad atm dan buku bank?
Kami adalah syarikat berlesen, dan kami perlukan satu sistem dimana setiap pembayaran dapat dilakukan tepat pada masanya. Dengan kad atm, kami dapat memastikan setiap pembayaran dapat dibuat dan ini mengurangkan risiko peminjam tidak berbayar. Setiap pengeluaran disimpan rekodnya (slip bank) dan akan dipulangkan kepada anda selepas selesai pinjaman. Baki yang tinggal akan dimasukkan ke akaun kedua anda pada hari yang sama.

5.Berapa lamakah tempoh pinjaman ini?
Tiada tempoh. Kami menyediakan satu perkhidmatan dimana kami tidak menetapkan sebarang tempoh untuk pembayaran balik. Setiap bulan anda hanya dikenakan pembayaran minimum (interest). Anda yang menentukan bila untuk membayar Baki asal pinjaman.

6. Macam mana nak selesaikan pinjaman?

Setiap bulan kami akan memotong hanya jumlah minima dari gaji anda. Jika anda tidak membayar jumlah asal pinjaman, anda akan terus membayar jumlah minima sampai bila-bila kerana kami tiada tempoh tertentu. Oleh itu dinasihatkan kepada peminjam supaya cuba membuat pembayaran lebih dari yang minimum. Anda hanya perlu menefon kami untuk membuat arahan pembayaran. Terpulang kepada anda berapa banyak yang anda mahu untuk membuat pembayaran dari RM50.00 ke RM100 atau lebih. Bulan seterusnya pembayaran minimum akan berkurang, kerana baki asal pinjaman anda telah berkurang. Jumlah minima dikira dari bagi asal pinjaman, oleh itu lagi banyak yanag anda bayar, lebih kurang jumlah minima

7.Berapakah jumlah yang boleh diluluskan?
Setiap individu mempunyai nilai gaji yang berbeza. Oleh itu kami juga melulukan jumlsh yang berbeza. Setiap pemohonan akan dikira dari 2@3 kali gaji anda. Ini juga tertakluk kepada pegawai yang meluluskan. Kami adalah syarikat berlesen dan kami tidak dibenarkan oleh kerajaan untuk memberi pinjaman kepada orang ramai lebih dari jumlah yamg mereka mampu.

8. Barapa lama proses untuk diluluskan pinjaman ini?
Setiap permohonan akan diluluskan pada hari yang sama. Anda perlu hadir ke pejabat kami atau wakil kami akan berjumpoa dengan anda untuk menandatangani perjanjian dan juga untuk menerima pinjaman yang dipohon secara tunai.

9.Ada sebarang contoh pengiraan?

Sila lihat di blog kami. Kami telah menyediakan satu contoh jadual pembayaran untuk kemudahan anda

10.Berapa banyak interest yang dikenakan?
Kami mengenakan 8-10% sebulan (bergantung kepada keadaan semasa). Jumlah ini adalah antara yang terbaik dipasaran sekarang. Jika anda memohon RM1000 pembayaran minimum ialah RM80 – RM100 sahaja

11.kenapa interestnya sangat tinggi?
Pinjaman kami adalh pinjaman untuk jangka pendek, maksudnya, kami memberikan pinjaman dari RM1000-RM10000 bergantung kepada kemampuan peminjam. Kami sememangnya tidak mahu membebankan  anda sebagai peminjam dan cuba untuk menolong anda dimasa anda didalam kesusahan. Pinjaman kami tidak mempunyai tempoh, dan bayaran balik bergantung kepada peminjam. Cuba anda bertanya di syarikat berlesen yang lain, berapa jumlah pinjaman yang mereke boleh berikan dan berapa bayaran sebulan diperlukan. Pinjaman RM1000 dengan mereka, anda perlu membayar RM250-300 sebulan ..bezakan dengan kami,

12.Saya tinggal diluar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur, boleh ke saya memohon.
Buat masa ini permohonan hanya dibuka kepada pemohon yang bekerja dan tinggal di kawasan Kuala Lumpur dan selangor Sahaja.

ANDA ingin menjadi kaya?

Oktober 23, 2007

ANDA ingin menjadi kaya? Bagaimana caranya? Kalau mengikut buku How To Get Rich and Stay Rich tulisan ALFRED J. YOUNG, terdapat beberapa cara seseorang itu boleh menjadi kaya tanpa sebarang usaha keras iaitu mewarisi kekayaan dan ber-kahwin dengan ‘kekayaan’!

Ramai generasi muda di Barat dilihat bakal menjadi jutawan muda hasil dari harta yang diusahakan oleh ibu bapa atau keluarga mereka. Anak pengusaha hotel Hilton, Paris Hilton, misalnya, dianggarkan akan mewarisi lebih AS$300 juta. Ann Nicole Smith pula tiba-tiba menjadi jutawan apabila suami yang dikahwininya beberapa bulan, meninggal dunia lalu menyerahkan sebahagian besar harta kepadanya.

Malah, melalui senarai jutawan dan billionair di dunia (berdasarkan kaji selidik majalah Fortune dan Forbes), anda akan dapati lebih 30 peratus jutawan dan billionair ini mencapai kekayaan sama ada secara diwarisi atau melalui perkahwinan.

Kalau begitu, anda pun boleh menggunakan cara yang sama (jika anda desperate nak jadi kaya!). Namun, dua cara ini tidak menjamin kekayaan tersebut akan kekal. Memiliki harta secara ‘percuma’ menyebabkan seseorang itu hilang makna sebenar menjadi kaya.
Sebenarnya, menurut beberapa buah buku pelaburan dan kewangan, seseorang itu boleh menjadi kaya melalui tiga cara membuat duit paling efektif iaitu pelaburan hartanah, perniagaan dan pemilikan saham.

Berniaga
Robert Kiyosaki di dalam bukunya Rich Dad’s Cashflow Quadrant memberi dua kategori berniaga iaitu self employed (S) dan Business Owner (B). Rata-rata orang berniaga termasuk ke dalam kategori ‘S’. Mereka mempunyai premis, perlu ada sepanjang masa di premis tersebut dan kekayaan hanya hadir bersama-sama dengan usaha keras (ada perniagaan yang memerlukan pemiliknya berkerja berhempas pulas!).

Manakala, ada sebahagian pemilik perniagaan masuk ke dalam kategori ‘B’. mereka adalah pemilik yang menggunakan masa dan tenaga ‘orang lain’ secara berkesan sehingga memungkinkan kekayaan dihasilkan tanpa perlu berada di premis perniagaan.

Namun, saya tidak akan menceritakan secara terperinci cara berubah dari pemilik perniagaan ‘S’ ke ‘B’. Anda boleh membaca buku Robert Kiyosaki. Paling penting bagi anda yang ingin menjadi kaya ialah menggunakan bidang perniagaan sebagai vehicle untuk menjadi kaya.

Bidang perniagaan ada pelbagai sebenarnya. Namun, ramai mengandaikan berniaga mesti mempunyai premis dan pekerja yang ramai. Tidak semestinya. Sebarang perniagaan yang boleh dibuat dari basement home business), tidak memerlukan pekerja yang ramai dan masa yang fleksibel adalah perniagaan yang ‘ideal’.

Malah, jika anda ada bakat tertentu, gunakan sahaja ‘bakat’ yang ada untuk memulakan perniagaan!

Ya perniagaan yang paling mudah – gunakan ‘bakat’ yang sedia ada. Macam saya (kongsi pengalaman) …. Saya sudah menjadi ketua editor sejak di bangku sekolah lagi (majalah sekolah – OPHIR). Maknanya bakat menulis telah lama ada di dalam diri saya. Kemudian, berhijrah ke Kuala Lumpur, saya bekerja sebagai wartawan, bermula dengan menjadi wartawan politik dan pendidikan. Lama juga saya menjadi wartawan.

Apabila diberi peluang menyelenggara majalah USAHAWAN SUKSES, terdetik di dalam hati untuk berniaga. Bagaimana? Hanya bakat saya gunakan. Dalam sebuah bilik yang kecil di dalam rumah dengan komputer berharga RM280 (CPU: RM200, monitor: RM80), saya melahirkan sebuah majalah. Dan sekarang e-majalah – parttime2u.com. Saya cuba berniaga dengan menggunakan bakat dan ilmu yang ada.

Ramai juga di kalangan kawan-kawan menggunakan ‘ilmu’ yang mereka pelajari untuk membuka perniagaan seperti kelas tuisyen, bengkel membaiki kereta, syarikat perunding, batik, kedai handphone, salun, kontraktor dan banyak lagi. Bukan mudah untuk anda memulakan perniagaan jenis ini (membuka perniagaan sendiri) sebab ia memerlukan anda membina sistem perniagaan anda sendiri. Ini termasuk urusan pentadbiran, personel, operasi dan pemasaran. Anda perlu mewujudkan satu sistem yang sesuai untuk perniagaan dan diri anda sebagai majikan.

Nak mudah? Ada caranya. Cari perniagaan yang sudah tersedia sistem perniagaan. Anda hanya perlu ‘beli’ sahaja sistem tersebut. Misalnya, perniagaan berbentuk francais seperti stesen minyak dan restoran makanan segera. Keuntungannya ada, cuma modalnya terlalu besar. Anda memerlukan lebih dari RM100,000 untuk memulakan perniagaan jenis ini. Jika anda baru hendak berjinak-jinak dengan perniagaan, saya syorkan perniagaan Multi Level Marketing (MLM).

Perniagaan MLM boleh ‘dibeli’ antara harga RM50 hingga RM500 sahaja. Sebaik-baiknya cari yang kurang dari RM500 modal permulaannya. MLM hari ini sudah lagi tidak dirasakan pelik kalau ada orang jadi jutawan dengan modal permulaan RM50-70. Yang penting, anda tidak terjebak dengan skim-skim yang bertopengkan MLM. Bertanyalah pada orang yang pakar kalau nak tahu . Nasihat saya sebagai wartawan, jangan tanya orang yang tidak pernah buat MLM dan jangan tanya pada orang yang gagal dalam bisnes MLM kecuali kalau dia memilih untuk menjadi seorang akademik dalam bidang MLM.

Sebaik sahaja anda membeli pakej perniagaan MLM, anda akan digelar ‘business owner’. Segala-galanya sudah siap. Anda tidak perlu risau mencari pengurus, akauntan mahupun delivery boy. Semuanya lengkap bersama-sama dengan pakej perniagaan MLM. Malah, perniagaan MLM ini boleh anda mulakan sebagai pekerjaan kedua (dengan full time effort!) yang boleh memberi pendapatan sampingan. Keberkesanan perniagaan ini boleh memberikan anda pendapatan pasif.

Walau apa pun jenis perniagaan yang anda ceburi, anda memerlukan kesungguhan. Bekerja sambil lewa sebagai pemilik perniagaan tidak akan membantu anda mencapai impian menjadi kaya. 90 peratus rezeki yang Tuhan janjikan dari bidang perniagaan tidak akan datang bergolek. Ia memerlukan usaha.

Saham
Nak jadi kaya melalui cara begini bergantung kepada individual risk appetite atau ketahanan risiko individu dalam menghadapi cabaran. Jika anda mempunyai modal untuk melabur dan memulakan pelaburan anda dengan membeli saham Initial Public Offering (IPO) atau tawaran awam permulaan, maka silakan. Jangan terburu-buru semasa menganalisis jenis saham dan syarikat yang anda mahukan.

Bagi anda yang baru berjinak-jinak hendak melabur, saya cadangkan pembelian unit saham yang ditawarkan oleh pihak bank atau insurans. Ia lebih selamat kerana proses melabur melibatkan wang anda dikumpulkan bersama-sama dengan wang pelabur yang lain dan dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat yang berpotensi untuk mencapai keuntungan pada tahun tersebut. Walaupun keuntungan yang diperolehi perlahan, namun ia amat sesuai untuk pelaburan jangka panjang. Pembelian dan penjualan unit saham juga bergantung pada harga semasa.

Atau, jika anda benar-benar mahu selamat, belilah unit saham Permodalan Nasional Berhad (PNB). Anda masuk RM1.00, anda akan mendapat satu unit saham. Malah, penjualan unit saham itu juga akan memberikan nilai ringgit yang sama sesaham. Sebaik-baiknya, simpan untuk jangka masa yang panjang. Anda boleh mulakan amalan pay your self first dengan menyimpan 10 peratus dari pendapatan anda itu ke dalam amanah saham ini.

Pelaburan Hartanah
Ini merupakan pelaburan yang mempunyai kelajuan atau ‘velocity’ dalam menghasilkan pulangan yang pasti. Malah, menurut Azizi Ali di dalam bukunya How To Become A Millionaire Landlord, pelaburan hartanah adalah pelaburan yang’sempurna’ berdasarkan ciri-ciri:

Harga hartanah tidak ditentukan oleh harga yang tetap. Menurut penulis, pelbagai perkara boleh mempengaruhi harga sesuatu hartanah. Rumah yang dibeli dari desperate seller, misalnya, boleh dibeli dengan harga yang rendah dari harga pasaran dan dijual semula dengan harga semasa. Malah, penggunaan money other people (duit bank) membolehkan pelabur memiliki beberapa hartanah dengan hanya membayar 10 peratus dari nilai hartanah.

Pendapatan positif yang boleh didapati dari sewa, kenaikan nilai hartanah, pulangan cukai dan banyak lagi yang ternyata lebih baik dari pelaburan yang lain.

Kesilapan Kewangan Umum

Oktober 19, 2007

- berapa yang anda lakukan??

Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan system perancangan.
Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali perkataan seperti “Tak apa”, “Nanti dulu”, “Lepas kahwin”, “Bila anak dah besar” sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insurance perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaikpulih pinjaman anda.

Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.
Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :
i- Apakah 3 matlamat kewangan anda?
ii- Bila jangka masa pencapaiannya?
iii- Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?

Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.
Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada system atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamour?

Kesilapan 4 : Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.
Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang punjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10 peratus setahun (kadar kad kredit ialah 18 peratus) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka “menyimpan” dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.

Kesilapan 5 : Perlindungan Insurance yang tidak mencukupi.
Apabila memulakan satu system simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya sepeti belanja perubatan, hilang upaya bekerja , kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?

Kesilapan 6 : Kegagalan menangani “musuh” wang yang utama iaitu inflasi
Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?

Kesilapan 7 : Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.
Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insurans dan unit trust yang tidak sesuai dan penggunaan wang KWSP yang tidak berpadanan dengan profil penyimpan. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan bagi mengatasi dilemma kewangan anda?

Selamat Hari Raya!

Oktober 11, 2007

Kami ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Syawal ini memberi seribu pengertian kepada anda. Berhati hati di jalan raya dan selamat bercuti

Pejabat kami akan ditutup mulai hari Isnin 15/10/2007 sehingga 17/10/2007 Rabu

Pejabat kami akan beroperasi seperti biasa pada hari Khamis 18/10/2007

Harap Maklum

Kepada mereka yang telah diluluskan pinjaman peribadi mereka, janganlah membazir di hari perayaan ini. Berjimat cermatlah. Kami juga ingin memohon maaf kepada mereka yang tidak menerima sebarang respons kepada pertanyaan mereka. Kami menerima begitu banyak pertanyaan dan hanya mereka yang diterima sahaja akan kami jawab pertanyaan mereka. Harap Maklum

October 9th notification

Oktober 9, 2007

Pengumuman

October 9th notification
Kepada semua pembaca

Kami menyediakan pinjaman tanpa penjamin bagi semua kakitangan kerajaan dan badan- badan berkanun. Kelulusan adalah segera pada hari permohonan.

Kami juga menyediakn pinjaman peribadi tanpa penjamin bagi kakitangan syarikat swasta yang berkerja dengan syarikat Multi Nasional Company @ dari syarikat yang besar seperti

Astro , Syarikat-syarikat insurance, Hotel etc. Kelulusan adalah segera termasuk kepada mereka yang disenarai hitam oleh pihak bank.

Bagi kakitangan swasta yang bekerja dengan syarikat-syarikat kecil (kilang dsb), permohonan anda tidak dapat diteruskan buat masa ini.

Kami menawarkan kadar yang tetap serta tidak membebankan peminjam. Kami adalah syarikat pinjaman yang berlesen dan kami bukanya along atau ceti haram. Perniagaan kami berdaftar dan kami menjalankan perniagaan dengan sah.

Untuk Maklumat lanjut Hubungi kami di

http://pinjaman.wordpress.com

@

email kami di

expressloan2007@gmail.com

12 SEBAB KENAPA RAMAI ORANG TIDAK KAYA

Oktober 8, 2007

1. Mereka tidak pernah membuat satu keputusan yang hakiki, spesifik, tepat tentang apa makna dan bagaimana cara mencapai kekayaan bagi mereka.Umpama ingin membuat kereta akan jadi susah dan mungkin tak menjadi lansung jika tidak tidAk ada sketch plan dulu. O.k , buat sketch plan, define it and go for it.

2.Buatlah satu target, ataU gol yang measurable and then stick to the target.make it happen.sehinggalah anda benar2 mencapainya.Jangan ubah sehingga anda benar2 mencapainya.wahh..bila dah tercapai, u akan rasa…wow!! Hebatnya diri ini.rasa puas sangat. Perkara ni akan nampak, bila u buat satu kerja, susah bagi u, tapi u tak pernah putus asa, dan terus melakukannya,bila berjaya, u akan rasa puas sangat..cubalah kalau tak caye..

3. Memang benar yang mereka nak kaya tapi selalu letak matlamat yang jauh sangat nak capai. Contohnya. Kita baru pandai buat kek, terus nak buat perniagaan jual kek dengan untuk dapat 5 ribu sehari.wah..hebat sungguh cita-cita.memang bagus. Tapi mampukah kita yang baru hari ini belajar buat kek, pastu terus nak jual dengan keuntungan yang begitu besar dalam masa sehari. Bimbang nanti, anda tak dapat capai, anda kecewa dan terus tak buat.Sebenarnya, pepatah Inggeris ada mengatakan, u only achieve what u believe.kalau u percaya dengan yakinnya dengan kebolehan dan kepakaran yang u ada dapat menjamin cita2 u tercapai, go ahead la.tapi, ingatlah juga yang kita kena lakukan step by step dengan strategi yang betul.

4. Yang ketara sekali, mereka tidak pernah bermula.Mereka sebenarnya hanyalah berangan2 jika tidak melakukan apa-apa.Angan-angan tersebut akan jadi kenyataan jika ia dimulakan. Cakap je banyak, buatnye tak.Kena mula buat.Jangan tangguh-tangguh lagi.Semakin lama kita tangguh, kita jadi down dan tak bersemangat serta terus memberi alas an untuk tidak memulakan.Akhirnya, tak bermula langsung.ni lah masalahnya.

5 Mereka tidak meletakkan perkara-perkara yang mesti dilakukan untuk kaya sebagai satu perkara wajib untuk dilakukan.Mereka jadikan perkara tersebut sebagai perkara ..kalau tak buat pun tak pe.kalau buat pun o.k.mentaliti tidak cemerlaNG. Tiada pendirian yang tetap dan konsisten untuk menjadikannya sebagai satu realiti.Jadi, persepsi begini tidaka akan mengkayakan mereka. seluruh tenaga, cita-cita , hasrat, impian perlu dijadikan satu jasad, satu roh. Kita hendaklah benar2 passionate dalam melakukan sesuatu, walau apa jua halangan.Halangan tersebut perlulah dilihat sebagai cabaran yang mesti kita hadapi. Kalau ada yang nak lari atau keluar dari masalah.itu namakanya tak berani, penakut.Jika emosi anda bertindak bertentangan dengan dengan keinginan dan cita-cita anda, pastikan keinginan dan cita-cita tersebut jadi keutamaan.take it easy.

6. Mereka tidak mempunyai plan yang realistik.Jika anda ingin melakukan sesuatu, pastikan bagaimana cara ia perlu dilaksanakan oleh orang yamg berjaya sebelum ni.Jika perlu, anda hanya perlu duplicate apa yang diberitahu dan dilakukan oleh yang berjaya. Bukan apa, mereka yang telah berjaya telah banyak melalui ranjau berduri. Mereka telah menyediakan short cut unutk kita berjaya.why not duplicate sahaja? Walaubagaimana pun, kita hendaklah melakukan dengan realistic.Jangan pula mengikut membabi buta.kita juga perlu ada pertimbangan sendiri.
7.Jika mereka mempunyai perancangan yang strategilk dan realistik, mereka tidak pernah follow through plan tersebut.maknanya tidak mengikut sebagai mana yang dirancangkan. Hanya hangat2 tahi ayam.Jadi, jika anda sendiri yang tidak mengikut plan yang anda buat.. siapa lagi?

8. Mereka meletakkan atau memberi tanggungjawab kepada orang lain . Mungkin orang lain tersebt pakar dalam perkara tersbeut.contohnya, kita suruh orang lain kira akaun syarikat kita..yes, memang betul,, tapi sekurang2nya kita mengetahui bagaiman pengiraan tersebut dilajkan, jangan menyuruh dengan membabi buta sahaja.Jika berlaku kegagalan. Mereka tidak pernah belajar kenapa ia terjadi.

9. NEVER NEVER GIVE UP!!!!. Mereka adalah golongan yang tidak pernah berputus asa dengan kegagalan mereka. Percayalah, jangan berputus asa, sesungguhnya Allh ada bersama kita.Ledakkan keberanian dalam diri untuk mkenghadapi segala cabaran. Dalam surah Luqman ayat 17 Allah berfirman yang bermaksud, “ Bersabarlah atas apa yang menimpa kamu .Sesungguhnya yang demikian itu termasuk dalam perkara yang diwajibkan oeh Allah.Kerana dalam setiap perkara yang kita lakukan, mudah atau susah, Allah akan uji kita, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan untuk menjadikan kita semakin kuat dan mantap gitu…Thomas Edison pernah berkata, jangan menganggap kegagalan sebagai satu kesilapan, tapi ia adalah satu pendidikan.Sentiasa berhadapan dengan cabaran kerana ianya satu pembelajaran untk menjadikan diri lebih hebat.Mereka tahu bahawa dengan hanya akan berjaya jika mereka menghadapi cabaran2 tersebut .Selepas cabaran tersebut berakhir, maka mereka pasti akan menemui kejayaan.

10. Mereka gagal untuk mengendalikan hidup mereka sebagai satu perniagaan.Mereka tidak pernah pastikan bahawa mereka sepatutnya menghasilkan keuntungan setiap tahu.Mereka gagal untuk jadikan perbelanjaan harian mereka sebagai satu bisnes.Contohnya, jika membeli sesuatu barang, mereka tidak memikirkan kepentingan atau keperluan untuk membeli barang tersebut.msin beli aje.kalau saya Tanya anda semua ni.ada tak kita cata duit keluar masuk kita SETIAP HARI? Orang kaya adalah orang yang berfikir hala tuju ke mana wangnya keluar masuk. Dan mereka akan pastikan bahawa ianya seimbang.

11.Mereka mudah dipengaruhi oleh pendapat atau idea orang lain sehingga membuat keputusan secara tidak rasional.Sebenarnya, orang lain sentiasa tidak pernah setuju dengan pendapat atau idea kita lebih2 lagi jika idea tersebut adalah bagus. MEREKA MUNGKIN ADALAH SEORANG YANG negative yang ingin menjatuhkan anda.Mereka muungkin di kalanga keluarga anda sendiri dan sahaat handai yang terdekat.Anda perlu biarkan apa yang mereka nak kata.Biarkan mereka mempunyai hak tersebut.Jangan pula feel bad tentang mereka. Mereka berkata begitu kerana mereka tidak faham atau kurang arif tentang apa yang kita lakukan.Biarkan mereka dengan cara mereka, kita dengan cara kita.

12. Mereka tidak mendapat coach atau mentor yang dapat membibing mereka. Perkara ini sangat-sangat penting.Dapatkan bantuan orang yang pakar dalam bidang yang anda ingin ceburi.dapatkan mentor anda.Cikgu atau pensyarah di sekolah atau universiti anda tidak dapat untuk mengajar anda semuanya.Anda tidak dapat panduan sepenuhya dari mereka.Sebenarnya, perkara yang paling sukar adalah untuk meletakkan diri kita untuk sentiasa belajar dan jadi pelajar yang teachable.orang yang berjaya adalah mereka yang sentiasa menghadiri seminar, baca buku, menyertai kumpulan perniagaan, cari mentor yang berjaya.

Inilah dia sebab2 kenapa orang tak kaya.semua ni saya petik dari beberapa buah buku yang saya abaca. Hopefuly dapat share dengan korang semua. T.q wassalam.

Tersilap langkah-Central Credit Reference Information System (CCRIS)

Oktober 4, 2007

Ramai diantara kita pernah mengalaminya dan kita menerima kesanya seumur hidup. Apa yang saya katakan disini ialah mengenai pengurusan kewangan. Bila kita tersilap langkah, kita terima padahnya.

Sebagai pekerja yang sememangnya menerima gaji setiap bulan, kita akan/pernah atau telah pun membuat permohonan untuk pinjaman dengan bank atau mana-mana institusi kewangan , tidak kiralah pinjaman peribadi, pinjaman perumahan atau pinjaman pendidikan tak lupa juga kredit kad (pinjam duit bank dulu, bayar kemudian). Apabila membuat pinjaman, kita telah membuat perjanjian dengan pihak bank untuk membayar monthly installments untuk menyelesaikan pinjaman tersebut. Ada sehingga 7, 8 atau 9 tahun lamanya perjanjian kita dengan pihak bank.

Dalam masa 7 atau 8 tahun akan datang, kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku. Jadi kita haruslah mendisiplinkan diri untuk membuat bayaran tersebuit tepat pada waktunya setiap bulan. Masalah timbul bila  kita mula lambat membuat bayaran, atau terfikir untuk gunakan bayaran ansuran tersebut untuk perkara lain. Bila itu berlaku, selalunya kita mula terlepas sebulan, 2 bulan atau 3 bulan bayaran.

Bila itu berlaku, mulalah telefon berdering-dering berbunyi dari bank , surat menyurat tiba, untuk mengingatkan kita tentang bayaran yang sepatutnya kita buat. Jika kita masih gagal membuat bayaran, pihak bank akan mengambil tindakan, yang selalunya akan memberi kesan kepada diri seumur hidup.

Kesanya, nama kita di blacklist atau disenarai hitam kerana kita tidak dapat menjalankan tanggung jawab kita dengan betul. Bank negara akan menyimpan maklumat kita, dalam senarai mereka

Central Credit Reference Information System (CCRIS)

CCRIS ini digunakan oleh semua institusi kewangan yang berdaftar dengan bank negara sebagai rujukan mengenai maklumat am keadaan kredit seseorang melalui no kad pengenalan mereka. Dari situ, pelbagai maklumat dapat di perolehi seperti maklumat pinjaman peribadi yang dibuat, status bayaran, nama bank, nama penjamin, maklumat kredit kad, , berapa banyak kredit kad yang ada, status bayaran kredit kad termasuk juga sebarang permohonan pinjaman dan kredit kad yang dibuat sama ada lulus atau tidak ia tetap direkodkan

Jika anda pernah menjadi penjamin seseorang, nama  anda sudah pun tersenarai disitu. semua maklumat mengenai permohonan, kelulusan dan permohonan yang ditolak juga ada disana. Pihak bank selalunya akan melihat status keadaan kredit dan jumlah semua kredit terkumpul sama ada kredit kad, dan pinjaman serta penjamin untuk meluluskan sesuatu permohonan

Jika anda pernah ditolak permohonan oleh pihak bank, sudah tentu anda mempunyai masalah. Ini kerana maklumat anda telah ada di dalam sistem itu dan ianya akan kekal walaupun anda telah pun menyelesaikan pinjaman atau hutang anda. pihak bank melihat status bayaran dan berapa lama bayaran yang tertunggak masih ada.

Menyesal kemudian tiada gunanya. Jadi pada mereka yang masih tidak terlibat dalam masalah ini, pastikan anda bijak menguruskan kewangan anda.