SMART PLANNING BUILT AROUND YOU
Mengapa Kad Kredit Dipasarkan Begitu Meluas dan Mudah Didapati?
Mengikut statistik terkini yang diperolehi oleh Bank Negara Malaysia, jumlah hutang kad kredit yang masih tertunggak berjumlah RM 10.6 billion dan pasaran kad kredit ini bertambah 20% setiap tahun. Dengan kadar faedah 1.5% sebulan, bank-bank di Malaysia dengan mudah mendapat keuntungan faedah berjumlah RM 159 juta setiap bulan, tidak termasuk caj-caj untuk khidmat lain seperti caj pengeluaran tunai (5%) atau caj lambat bayar (RM5).
Dengan hasil pulangan sebegini lumayan, hampir kesemua bank berebut-rebut untuk mendapatkan pelanggan bagi menguasai pasaran kad kredit di Malaysia, samada melalui pelanggan baru mahupun pindahan baki dari kad kredit lama. Ini termasuklah Bank Islam yang juga telah memperkenalkan kad kredit mereka sendiri yang berbentuk pembiayaan Islamik. Saya berpendapat, bukan menjadi satu kejutan lagi, jika lebih banyak institusi kewangan lain seperti Bank Rakyat, Malaysian Building Society, Syarikat Insurans &syarikat Unit Trust turut ‘terjun’ ke dalam pasaran ini nanti, samada secara terus menerus, mahupun melalui anak syarikat mereka.
Perkara-Perkara Asas Mengenai Kad Kredit
Untuk melangsai hutang kad kredit, memang tiada jalan lain untuk anda selesaikannya melainkan anda membayar balik apa yang sudah terhutang. Sebelum merangka plan atau strategi untuk menyelesaikan kad kredit, anda perlu sedar beberapa perkara mengenai kad kredit. Secara kasar, interest kad kredit 1.5% sebulan atau kadar APR 18% – 21%setahun. Tempoh Tanpa Interest (Interest-Free Period) biasanya 20 hari dariTarikh Penyata Bil Bulanan Caj pengeluaran tunai biasanya 5% atau minima RM 50 (yang mana lebih tinggi) bagi setiap kali pengeluaran dibuat (tidak termasuk caj faedah bulanan) Caj RM 5 atau 1%-3% (yang mana lebih tinggi) dari bayaran minima bulananuntuk setiap kad bagi pembayaran lambat (Late Payment Interest)
Pada sesetengah bank, jika anda gagal membuat pembayaran pada bulan tersebut, caj tambahan RM50 akan dikenakan ke atas baki hutang kad kredit. Apabila anda gagal membayar kad kredit anda selama 1-2 bulan, ia sudah pun dimasukkan ke dalam rekod kredit anda di Bank Negara Malaysia(Laporan CCRIS).
Tanda-Tanda Anda Akan Menghadapi Masalah Hutang Kad Kredit
- Pada mulanya, anda berjanji akan membayar sepenuhnya barang yang dibeli melalui kad kredit, tetapi cuma bayar sebahagian kecil sahaja apabila penyata diterima.
- Kad kredit anda sudah penuh atau over-limit.
- Anda cuma bayar ‘minimum payment’ setiap bulan
- Anda gagal membuat bayaran 1-2 bulan (bayaran tertunggak) ࠭asuk rekod kredit CCRIS
- Anda selalu membuat pengeluaran tunai dari kad kredit.
- Anda berhutang pada 2-3 kad kredit, atau lebih.
- Anda disenarai-hitam oleh institusi perbankan atau dihadapkan ke mahkamah kerana gagal membayar hutang kad kredit anda
Apa Jadi Apabila Anda Hanya Membayar Jumlah Minima Setiap Bulan?
Dengan hanya membayar jumlah minima setiap bulan, hutang kad kredit RM 10,000 akan selesai sepenuhnya selepas lebih 89 pembayaran atau 7.4 tahun dengan jumlah faedah berbayar RM 4,055.
Jadi, kesimpulan yang anda boleh dapat dari illustrasi di atas adalah, jika anda hanya membayar jumlah minima setiap bulan, : – “semakin tinggi jumlah hutang kad kredit anda, semakin lamalah hutang kad kredit itu akan selesai dan lebih banyak faedah yang anda perlu bayar kepada bank” dan jika anda terus membayar bulanan pada kadar minima dan kemudian, mengguna-semula kad kredit tersebut, maka hutang kad kredit anda tidak akan selesai sampai bila-bila pun!
Tetapi, jika anda sentiasa membayar 5% dari had kredit anda, (contoh : Had Kredit RM 10,000 dan anda membayar RM 500 setiap bulan, tanpa mengguna kad kredit itu semula), hutang kad kredit anda akan selesai dalam masa 2 tahun sahaja.
Bagaimana Untuk Mengurus Hutang Kad Kredit Anda?
Jika anda mempunyai sejumlah wang yang besar, anda boleh gunakan ia untuk mengurangkan atau menyelesaikan hutang kad kredit anda. Daripada melaburkan wang tersebut ke dalam akaun simpanan tetap yang hanya memberi pulangan 3.5% setahun atau ke dalam pelaburan yang hanya beri pulangan 9.25% setahun, adalah lebih sesuai jika anda selesaikan hutang kad kredit yang caj faedah 18% – 21% setahun ke atas anda.
Jika anda tidak mempunyai sejumlah wang yang besar dan hanya boleh menyelesaikan hutang kad kredit secara ansuran bulanan, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian.
1 – Pengurusan Risiko
Jika anda mempunyai hutang kad kredit lebih RM 5,000, anda seharusnya melindungi diri anda dengan Insurans kad kredit atau Insurans hayat. Mengapa insurans itu penting? Ini kerana, jika berlaku kematian atau cacat keseluruhan (lumpuh) ke atas diri anda, keluarga anda terpaksa menanggung beban hutang kad kredit anda. Menjadi lumpuh memang menyusahkan, tetapi menjadi lumpuh tanpa pendapatan berterusan dan hutang yang banyak adalah lebih perit lagi untuk ditanggung oleh keluarga anda.
2 – Cari Punca Masalah : Mengapa Berhutang Kad Kredit?
Cara mudah untuk mengesan masalah ini adalah dengan membuat Penyata Aliran Tunai Bulanan (Monthly Cash-Flow Statement). Cara membuatnya cukup mudah dan ringkas :-
+ Pendapatan Bersih Bulanan
(-) Pembayaran Bulanan untuk Pinjaman
(-) Perbelanjaan Bulanan _____________________
= Baki Positif (Surplus) atau Baki Negatif (Defisit)?
Kalau ada surplus (+), ini bermakna anda mempunyai lebihan wang yang tidak dibelanjakan dan wang ini boleh digunakan untuk membayar lebih kepada baki hutang kad kredit anda. Kalau baki defisit (-), maknanya anda berbelanja lebih dari pendapatan anda i.e berbelanja lebih dari kemampuan anda. Jadi, tidak hairanlah anda berhutang kad kredit!
Apabila mempunyai baki defisit, anda perlu mengambil tindakan secepat yang mungkin, sebelum anda menghadapi masalah kewangan yang lebih besar seperti gagal membuat bayaran bulanan kepada hutang pinjaman anda dan seterusnya dihadapkan ke mahkamah kerana gagal bayar!
Antara tindakan yang anda perlu buat adalah :-
a- Kurangkan perbelanjaan semaksima yang boleh terutamanya yang tidak penting.
b- Susun-semua pinjaman sedia ada (re-financing) sebelum anda menghadapi masalah kewangan
c- Tambah pendapatan sampingan jika boleh



Disember 31, 2007 pada 8:17 am
wannmm
Januari 28, 2008 pada 8:38 am
Adakah kad ATM dan Buku Akaun akan di simpan dan di tahan atau anda simpan di tangan anda? Sekian.
April 21, 2008 pada 4:11 am
bagaimana caranya. sila terangkan secara terperinci.
April 25, 2008 pada 4:59 pm
saya terpaksa ke mahkamah kerana tidak dapat melunaskan hutang kad kredit saya. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya masih tidak mampu membayar sejumlah yang diminta? Namun saya akan tetap membayarnya mengikut jumlah yang saya mampu.
Jun 4, 2008 pada 6:25 am
I penah kena freeze banking acc. Pastuh dorang deduct duit.
Julai 18, 2008 pada 8:43 am
Jika anda mempunyai akaun di CIMB Bank dan Kad Kredit anda di AmBank, akaun cimb anda tidak boleh kena freez. Tetapi jika kad kredit anda di Ambank dan Akaun Bank anda yang sama, mereka ada kuasa tetapi bukan freez, kecuali ada pengistiharan muflis, itupun tengok apa peranan Bank Negara. Jumlah hutang yang dituntut adalah jumlah asal tidak termasuk bunga. Contoh jika hutang asal rm5kk dan anda tidak dapat bayar dalam tempoh 10 tahun dan meningkat kepada 90k, anda tidak dapat dimufliskan, kerana kada bunga tidak diambil kira. Ini peraturan Bank Negara.
Seperkara lagi jika anda berhutang rm5k kredit kad sejak 1995 sehingga kini, dan semasa kegawatan ekonomi negara, semua bank mengalami kerugian berbillion ringgit melebihi hutang kredit kad, dan setelah ada insentif dari pihak koprat dan kerajaan, bank berkenaan pulih semula, pemiutang dahulu itu dikira hapus sebab, jika pihak koprat dan kerajaan dapat membantu bank berkenaan yang menanggung rugi melebihi 1billon, kenapa pula rakyat sendiri di mufliskan. Mana mana bank yang digabung adalah detik permulaan perjalanan perniagaan mereka, hutang lapuk dikira hapus, tetapi kerajaan tidak telus dan banyak penyalahangunaan kuasa pada ketika itu. Kenapa banyak orang yang mengalami hutang kad pada masa itu, adalah kerana semasa Anwar Ibrahim menteri kewangan dan Tun Mahatir PM, mereka mengumumkan bayaran minima 15%, sedangkan pada ketika itu gaji orang banyak yang 850 sebulan dan bayaran kredit kada lebih 850 sebulan iaitu 15%.
November 25, 2008 pada 8:26 am
suami sy kne settlekan kad kredit sbnyk hampir rm20,000.00..mcm mn ni…ade cara ker??
Mac 28, 2009 pada 5:51 am
bagaimana nak kurangkan hutang kad kreadit.
(rm10,000)
Oktober 27, 2009 pada 5:03 am
Salam semua,
Utk makluman, sesiapa yang masih ada hutang pinjaman PTPTN yang belum lunas silalah hubungi saya 017-3773094 utk menghadiri Taklimat Program Lunas Harapan yang baru diperkenalkan kepada masyarakat khususnya pelajar2 yang masih menuntut di IPT. Insyaallah, melalui program ini hutang PTPTN tersebut dapat dilunaskan secara beransur-ansur melalui Dana yang diwujudkan dalam program ini. Yang penting, melalui program ini duit gaji anda tidak terusik & bolehlah digunakan utk keperluan yang lain pula. Jemput datang mendengar Taklimat di USJ9, Subang Jaya & anda nilaikan sendiri. Insyaallah, kami akan membuat taklimat di IPT dalam masa terdekat nanti. Salam; zulsuboh 017-3773094
Mac 29, 2011 pada 2:24 pm
potongan melebihi 60% bleh tak buat pinjaman
April 7, 2011 pada 2:03 am
nak tanya, saya ada berhutang kad kredit sebanyak rm3000.00 dan gagal melunaskan bayaran tersebut ekoran diberhentikan kerja.
adakah wang simpanan di ASB saya akan di freezekan oleh pihak bank
Mei 18, 2011 pada 11:33 am
nak minta pendapat untuk settle kan kad kredit..urgent..tq