Arkib bagi September, 2007

28 September 2007- Maklumat Am

September 28, 2007

Perhatian

Kepada pemohon yang telah menghantar email kepada kami.

Kami sedang meneliti permohonan anda dan kami akan menghubungi mereka yang layak untuk  proses seterusnya. Status permohonan anda akan diberitahu melalui email.

Jika anda salah seorang yang telah layak memohon, kami akan memberitahu anda mengenai temujanji untuk proses berikutnya. Proses permohonan adalah dalam masa satu hari sahaja, dan anda akan menerima pinjaman anda dalam bentuk tunai. Sila sediakan dokumen yang lengkap bagi memudahkan proses pinjaman.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui email kami.

Disiplin menguruskan Gaji Bulanan

September 28, 2007


Saya percaya ramai di antara kita yang bekerja sambil berniaga. Dalam sibuk kita berniaga, jangan lupa untuk menguruskan gaji bulanan anda yang sentiasa mengalir setiap bulan. Jika anda menguruskannnya secara berdisiplin, insyaallah, banyak manfaatnya. Berikut adalah antara disiplin-disiplin yang anda boleh ikuti :-

• Berjimat cermat
Amalkan sikap berjimat cermat ketika membeli-belah ketika anda membeli barang keperluan harian atau barangan keperluan lain. Sediakan senarai barangan yang diperlukan sebelum keluar membeli-belah untuk mengelakkan anda daripada terbeli barangan yang tidak diperlukan. Malu untuk menunjukkan senarai barangan yang anda ingin beli?? mudah, saja. Letakkan senarai tersebut dalam handphone anda! *konon-konon nak meng’sms’*

• Keperluan
Pastikan anda telah menentukan keperluan anda setiap bulan. Sediakan buku kira-kira jika anda berhajat ingin membeli sesuatu pada bulan tersebut. Pastikan jika anda mempunyai kelebihan dalam wang gaji, barulah anda menentukan untuk membeli barangan keperluan lain yang telah lama anda hajati.

• Disiplin
Disiplin amat diperlukan dalam konteks kehidupan kita sehari-harian. Ia tidak hanya meliputi disiplin terhadap kerjaya bahkan dalam soal berbelanja juga, disiplin diri amat diperlukan. Seboleh-bolehnya elakkan diri anda dari kerap menggunakan kad kredit. Jika tidak, anda pasti mengeluh bila dipenghujung bulan, anda menerima bil yang melambung!

Kemudahan Kewangan

September 27, 2007
Hutang oh hutang
Sebagai seorang pekerja yang bekerja dengan orang lain, sudah menjadi lumrah anda akan terlibat dengan aktiviti’ berhutang’ sama ada dengan pinjaman rumah, kereta atau pun kredit kad.
Menjadi lumrah manusia juga , kita tidak akan puas dengan apa yang kita miliki sekarang. Bayangkan bagi mereka yang mempunyai pendapatan sehinggan RM5,000.00 sebulan pun masih merungut tentang gaji mereka yang tidak mencukupi. Apatahlagi bagi mereka yang mempunyai gaji yang lebih rendah dari itu. Semakin besar gaji seseorang itu, semakin besar keinginan mereka.
Bila gaji kecil, rumah pun kecil , kereta pun kecil. Bila bergaji besar, rumah besar, kereta pun hendak yang besar. Bila kita terlalu mengikut keinginan kita, selalunya didorong oleh nafsu, kita lupa tentang keadaan kewangan kita sebenarnya. Bila sudah terlanjur, tak ada gunanya kita termenung dan menyesal kerana semuanya sudah terlambat
Kad kredit merupakan musuh utama kepada pengguna yang tidak tahu mengawal perbelanjaan. Kad kredit boleh menyebabkan kita sengsara jika kita tidak tahu tentang pengurusan kewangan dengan betul. Jadi pastikan anda hanya berbelanja apa yang perlu sahaja. Janganlah termasuk kepada golongan yang membayar jumlah minima setiap bulan
Bila difikirkan, ramai yang meminjam wang untuk menyelesaikan hutang-hutang mereka dengan pihak bank, terutama hutang kredit kad. Oleh itu, pastikan anda selesaikan secepat mungkin hutang anda jika permohonan anda untuk pinjaman kami telah pun diluluskan. Jangan ditangguh kerana nanti niat itu akan terpadam sikit demi sedikit.
Jadilah pengguna yang bijak. Pastikan anda tahu apa yang anda lakukan dan fikirkan tentang masa depan anda sebelum bertindak.
Jika anda mempunyai masalah kewangan, hubungi kami, kami akan membantu anda.

Pinjaman Peribadi yang fleksibel, mudah dan cepat!

September 26, 2007
Kami menawarkan pinjaman peribadi tanpa penjamin, tanpa banyak syarat, khas untuk semua kakitangan kerajaan dan swasta yang bekerja dan menerima gaji bulanan mereka melalui bank.
Pemohon yang telah disenarai hitam, atau blacklist oleh mana- mana bank atau institusi kewangan masih boleh memohon dengan kami kerana kami tidak memeriksa mana- mana badan penilaian kredit untuk maklumat kewangan anda.
Pinjaman peribadi kami adalah segera,fleksibel, mudah, dan tidak membebankan .Anda hanya perlu membayar jumlah minima yang diluluskan dan boleh membayar lebih dari jumlah itu untuk mempercepatkan penyelesaian pinjaman.
Kami tidak menetapkan tempoh tertentu bagi pinjaman yang dipohon, kerana itu semua bergantung kepada diri anda. Sekarang, semua keputusan ditangan anda! Lebih banyak yang anda bayar, lebih cepat pinjaman anda diselesaikan.
Jika anda ingin segera menyelesaikan masalah kewangan anda, anda bolehlah berhubung dengan kami. Kami bukanya along atau ceti haram, kami merupakan Syarikat yang berlesen untuk memberi pinjaman kepada orang ramai denga cara yang sah.
Pemohon hendaklah menyediakan dokumen-dokumen yang lengkap seperti yang telah ditetapkan bagi memudahkan urusan pinjaman.
Untuk maklumat lanjut
Sila hubungi kami dengan segera
expressloan2007@gmail.com
http://pinjaman.wordpress.com
Segala maklumat anda akan dirahsiakan

Syarat-syarat Kelayakan Pinjaman

1. Peminjam mestilah menerima gaji dari bank sahaja.
2.
Peminjam mestilah sudah bekerja lebih dari 3 tahun
3.
Jumlah Minimum pinjaman adalah RM1,000.00
4.
Peminjam blacklist dari bank -bank boleh memohon
5.
Pinjaman dari RM1,000.00 ke 10,000.00 tertakluk kepada mereka yang layak*
6.
Pinjaman Diberi secara tunai.
7.
Segala urusan untuk memproses adalah dilakukan dipejabat utama Kami di Kuala Lumpur

 Dokumen- dokumen yang diperlukan

1. Salinan IC peminjam
2.
Slip Gaji peminjam untuk 3 bulan terkini (bawa yang asal )
3.
Bank statement peminjam *dimana gaji dimasukkan
4.
Kad ATM bank*dimana gaji dimasukkan
5. Buku Bank*dimana gaji dimasukkan
6. Bil-bil (api, air ,astro) yang menunjukkan alamat tetap peminjam

*bank statement secara online juga diterima

BAGAIMANA UNTUK MENGURUSKAN HUTANG KAD KREDIT ANDA

September 25, 2007

SMART PLANNING BUILT AROUND YOU

Mengapa Kad Kredit Dipasarkan Begitu Meluas dan Mudah Didapati?
Mengikut statistik terkini yang diperolehi oleh Bank Negara Malaysia, jumlah hutang kad kredit yang masih tertunggak berjumlah RM 10.6 billion dan pasaran kad kredit ini bertambah 20% setiap tahun. Dengan kadar faedah 1.5% sebulan, bank-bank di Malaysia dengan mudah mendapat keuntungan faedah berjumlah RM 159 juta setiap bulan, tidak termasuk caj-caj untuk khidmat lain seperti caj pengeluaran tunai (5%) atau caj lambat bayar (RM5).

Dengan hasil pulangan sebegini lumayan, hampir kesemua bank berebut-rebut untuk mendapatkan pelanggan bagi menguasai pasaran kad kredit di Malaysia, samada melalui pelanggan baru mahupun pindahan baki dari kad kredit lama. Ini termasuklah Bank Islam yang juga telah memperkenalkan kad kredit mereka sendiri yang berbentuk pembiayaan Islamik. Saya berpendapat, bukan menjadi satu kejutan lagi, jika lebih banyak institusi kewangan lain seperti Bank Rakyat, Malaysian Building Society, Syarikat Insurans &syarikat Unit Trust turut ‘terjun’ ke dalam pasaran ini nanti, samada secara terus menerus, mahupun melalui anak syarikat mereka.

Perkara-Perkara Asas Mengenai Kad Kredit
Untuk melangsai hutang kad kredit, memang tiada jalan lain untuk anda selesaikannya melainkan anda membayar balik apa yang sudah terhutang. Sebelum merangka plan atau strategi untuk menyelesaikan kad kredit, anda perlu sedar beberapa perkara mengenai kad kredit. Secara kasar, interest kad kredit 1.5% sebulan atau kadar APR 18% – 21%setahun. Tempoh Tanpa Interest (Interest-Free Period) biasanya 20 hari dariTarikh Penyata Bil Bulanan Caj pengeluaran tunai biasanya 5% atau minima RM 50 (yang mana lebih tinggi) bagi setiap kali pengeluaran dibuat (tidak termasuk caj faedah bulanan) Caj RM 5 atau 1%-3% (yang mana lebih tinggi) dari bayaran minima bulananuntuk setiap kad bagi pembayaran lambat (Late Payment Interest)

Pada sesetengah bank, jika anda gagal membuat pembayaran pada bulan tersebut, caj tambahan RM50 akan dikenakan ke atas baki hutang kad kredit. Apabila anda gagal membayar kad kredit anda selama 1-2 bulan, ia sudah pun dimasukkan ke dalam rekod kredit anda di Bank Negara Malaysia(Laporan CCRIS).

Tanda-Tanda Anda Akan Menghadapi Masalah Hutang Kad Kredit

  • Pada mulanya, anda berjanji akan membayar sepenuhnya barang yang dibeli melalui kad kredit, tetapi cuma bayar sebahagian kecil sahaja apabila penyata diterima.
  • Kad kredit anda sudah penuh atau over-limit.
  • Anda cuma bayar ‘minimum payment’ setiap bulan
  • Anda gagal membuat bayaran 1-2 bulan (bayaran tertunggak) ࠭asuk rekod kredit CCRIS
  • Anda selalu membuat pengeluaran tunai dari kad kredit.
  • Anda berhutang pada 2-3 kad kredit, atau lebih.
  • Anda disenarai-hitam oleh institusi perbankan atau dihadapkan ke mahkamah kerana gagal membayar hutang kad kredit anda


Apa Jadi Apabila Anda Hanya Membayar Jumlah Minima Setiap Bulan?

Dengan hanya membayar jumlah minima setiap bulan, hutang kad kredit RM 10,000 akan selesai sepenuhnya selepas lebih 89 pembayaran atau 7.4 tahun dengan jumlah faedah berbayar RM 4,055.

 

Jadi, kesimpulan yang anda boleh dapat dari illustrasi di atas adalah, jika anda hanya membayar jumlah minima setiap bulan, : – “semakin tinggi jumlah hutang kad kredit anda, semakin lamalah hutang kad kredit itu akan selesai dan lebih banyak faedah yang anda perlu bayar kepada bank” dan jika anda terus membayar bulanan pada kadar minima dan kemudian, mengguna-semula kad kredit tersebut, maka hutang kad kredit anda tidak akan selesai sampai bila-bila pun!

 

Tetapi, jika anda sentiasa membayar 5% dari had kredit anda, (contoh : Had Kredit RM 10,000 dan anda membayar RM 500 setiap bulan, tanpa mengguna kad kredit itu semula), hutang kad kredit anda akan selesai dalam masa 2 tahun sahaja.

Bagaimana Untuk Mengurus Hutang Kad Kredit Anda?

Jika anda mempunyai sejumlah wang yang besar, anda boleh gunakan ia untuk mengurangkan atau menyelesaikan hutang kad kredit anda. Daripada melaburkan wang tersebut ke dalam akaun simpanan tetap yang hanya memberi pulangan 3.5% setahun atau ke dalam pelaburan yang hanya beri pulangan 9.25% setahun, adalah lebih sesuai jika anda selesaikan hutang kad kredit yang caj faedah 18% – 21% setahun ke atas anda.

 

Jika anda tidak mempunyai sejumlah wang yang besar dan hanya boleh menyelesaikan hutang kad kredit secara ansuran bulanan, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian.

 

1 – Pengurusan Risiko
Jika anda mempunyai hutang kad kredit lebih RM 5,000, anda seharusnya melindungi diri anda dengan Insurans kad kredit atau Insurans hayat. Mengapa insurans itu penting? Ini kerana, jika berlaku kematian atau cacat keseluruhan (lumpuh) ke atas diri anda, keluarga anda terpaksa menanggung beban hutang kad kredit anda. Menjadi lumpuh memang menyusahkan, tetapi menjadi lumpuh tanpa pendapatan berterusan dan hutang yang banyak adalah lebih perit lagi untuk ditanggung oleh keluarga anda.

 

2 – Cari Punca Masalah : Mengapa Berhutang Kad Kredit?
Cara mudah untuk mengesan masalah ini adalah dengan membuat Penyata Aliran Tunai Bulanan (Monthly Cash-Flow Statement). Cara membuatnya cukup mudah dan ringkas :-


+ Pendapatan Bersih Bulanan
(-) Pembayaran Bulanan untuk Pinjaman
(-) Perbelanjaan Bulanan _____________________
= Baki Positif (Surplus) atau Baki Negatif (Defisit)?

 

Kalau ada surplus (+), ini bermakna anda mempunyai lebihan wang yang tidak dibelanjakan dan wang ini boleh digunakan untuk membayar lebih kepada baki hutang kad kredit anda. Kalau baki defisit (-), maknanya anda berbelanja lebih dari pendapatan anda i.e berbelanja lebih dari kemampuan anda. Jadi, tidak hairanlah anda berhutang kad kredit!

 

Apabila mempunyai baki defisit, anda perlu mengambil tindakan secepat yang mungkin, sebelum anda menghadapi masalah kewangan yang lebih besar seperti gagal membuat bayaran bulanan kepada hutang pinjaman anda dan seterusnya dihadapkan ke mahkamah kerana gagal bayar!

Antara tindakan yang anda perlu buat adalah :-


a- Kurangkan perbelanjaan semaksima yang boleh terutamanya yang tidak penting.
b- Susun-semua pinjaman sedia ada (re-financing) sebelum anda menghadapi masalah kewangan
c- Tambah pendapatan sampingan jika boleh

Tahniah kepada yang berjaya!

September 24, 2007

Disini saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya mendapatkan pinjaman mereka. Tak susahkan? anda cuma perlu datang membawa semua dokumen dengan lengkap dan tunggu 2 atau 3 jam sahaja.

Ada juga yang kecewa kerana jumlah yang mereka inginkan tidak diluluskan. Perlu dingatkan, kami bukanya bank, dan pihak kerajaan tidak membenarkan mana- mana syarikat swasta memberikan pinjaman yang terlalu tinggi , tidak mengikut kemampuan peminjam. Kami merupakan syarikat pinjaman berlesen yang memberikan pinjaman kepada mereka yang layak sahaja. Jumlah pinjaman tersebut bergantung kepada jumlah gaji bersih anda. ia juga bergantung kepada kelulusan yang diberi pada hari tersebut.

Jika anda tidak bersetuju, anda boleh membatalkan hasrat anda untuk meminjam. Jika anda masih perlukan pinjaman, maka teruskanlah niat anda itu. Tapi saya ingatkan sekali lagi, jangan kita asyik membayar jumlah minimum sahaja kerana dengan sikap ini, ia akan membebankan kita pada jangkamasa yang panjang. Bayarlah lebih dari jumlah minimim, lebih RM50 ke RM100 ke terpulang, asalkan baki asal pinjama berkurang. Bila baki asal pinjaman berkurang , jumlah minima juga berkurang kerana ia bergantung kepada baki asal.

Sekali lagi tahniah kepada mereka yang berjaya. Seramai 32 permohonan telahpun diluluskan  setakat minggu lepas dan jumlah yang paling tinggi diluluskan ialah RM8,000.00. Julah yang paling minima ialah RM2,000.00.

Kami berharap anda dapat menggunaka pinjaman tersebut dengan sebaiknya.

Harga barang VS Hari perayaan

September 24, 2007

Kita semua sedia maklum kebelakangan ini terdapat pelbagai isu mengenai harga barangan yang tiba tiba sahaja naik yang boleh dikaitkan dengan musim perayaan yang semakin hampir.

Harga barangan seperti minyak, gula, tepung, ayam…mula naik bersempena dengan bulan puasa dan ini sedikit sebanyak menjejaskan kita sebgai pengguna. Taktik apa yang sebenarnya diamalkan oleh para peniaga sehingga semua barangan naik tiba-tiba, yang peliknya bersempena dengan hari perayaan.

Cuma mereka saja yang tahu, yang pentingnya mereka akan mendapat untung berlipat kali ganda. Itu yang pasti. Tapi yang sengsara ialah para pengguna terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Sebagai pengguna kita mempunyai hak, dan kita boleh menggunakan hak kita, tapi apa kesanya pada peniaga, dan pemborong? rasanya mereka tidak akan rugi, cuma kita yang akan mengalami kesanya. Kerajaan juga telah mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini,tapi kita tak nampak sangat kesanya.

Entah mengapa bila musim perayaan , harga barang boleh naik mendadak. Itu semua muslihat para peniaga dan sekutu-sekutunya. Kita sebagai pengguna memang tidak akan tahu siapa dalang sebenar disebalik semua masalah ini, yang pasti barang itu merupakan barang keperluan yang kita gunakan seharian, naik atau tidak, kita tetap menggunakanya.

itulah duia lumrah dunia, yang lemah sentiasa ditindas oleh mereka yang berkuasa

Semuanya disini

September 19, 2007

Untuk pengetahuan para pembaca

Semua urusan pemprosesan pinjaman adalah dilakukan di Kuala Lumpur, bertempat di Mutiara Kompleks. Pejabat Kami ada terletak disana dan kami menguruskan pelbagai urusan perniagaan kami disana termasuk urusan pinjaman ini.

Oleh itu, bagi bakal peminjam , anda dikehendaki untuk berada di pejabat kami pada masa dan tarikh yang ditetapkan. Pegawai kami akan menjemput anda untuk berurusan dengan anda.

Sekali lagi dingatkan, jika pinjaman diluluskan, ia akan diberi secara tunai. Oleh itu, pastikan anda telah membawa dokumen serta maklumat yang lengkap bagi memudahkan urusan pinjaman.

Pinjaman peribadi kami adalah tanpa penjamin, sesuai bagi mereka yang di blacklist oleh pihak bank dan masih mempunyai pendapatan yang tetap. Mudah dan senang kerana kami tidak menetapkan tempoh bagi pinjaman yang diberi, malah anda sendiri yang menentukanya. Apa yang wajib dibayar hanyalah jumlah minima yang telah ditetapkan.

Sebarang maklumat, sila tinggalkan pesanan kepada kami melalui email